Ahmad Abdullah @ McSporron ak Piau
Ahmad Abdullah @ McSporron ak Piau

Kisah sebelum dan selepas bersama CNI.

Dahulunya saya adalah seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Setelah berkenalan dengan CNI, maka saya pun mencuba secara sambilan sahaja. Dalam cuba mencuba itu, tanpa diduga ianya telah banyak membantu saya dari segi kesihatan dan juga dunia perniagaan sendiri. Saya mulai naik syok dan terus memperkenalkannya kepada saudara-mara dan sahabat handai.

Rupa-rupanya.. dengan CNI ini, ianya telah mengeratkan perhubungan kekeluargaan sesama kami bahkan kawan-kawan saya mulai bertambah. Selain itu, pendapatan saya sekeluarga juga bertambah. Apatah lagi dengan berbagai-bagai insentif yang disediakan oleh CNI saya perolehi satu-persatu.

Tambah menyemarakkan lagi apabila saya dianugerahkan tabung kereta dan dapat mengerjakan Umrah secara percuma. Tanpa berlengah lagi, saya pun terus mengusahakan CNI sepenuh hati dan tumpuan. Untuk menumpukan kepada kejayaan yang lebih besar, maka saya dengan beraninya meletakkan jawatan saya sebagai pendidik.

Hari ini... saya rasa amat bersyukur dan berbangga dengan kerjaya pilihan yang tidak sengaja ini yang mana ianya telah melayakkan saya melancong ke serata dunia. Di samping itu saya dianugerahkan lagi dengan tabung kereta mewah ke-2 dan juga sebuah rumah mewah yang bernilai hampir RM500,000.00.

Setelah bergelar Jutawan bersama CNI, ianya tidak sedikit pun menjadikan saya seorang yang sombong dan bongkak... bahkan saya terus sahaja menyebarkan cerita kejayaan ini kepada semua orang agar mereka juga boleh mencapai kejayaan seperti yang saya kecapi hari ini. Sesungguhnya, CNI ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana jua anda berada... asalkan ada kamahuan dan sanggup belajar segala selok-beloknya. InsyaAllah.. dengan semangat dan usaha yang gigih, semua orang mampu mencapai kejayaan seperti saya hari ini.

 

copyright © 2009 Ahmad Abdullah