Share Your Experience

Welcome, this is your page. Share your experience with us and other visitors who are keen to read about your experiences with CNI. Don't forget to include your details and photos, too! Start Sharing Here.

What Others Have Said About Us

ribka john Bookmark and Share 29 January 2010 14:13 PM

saya telah disyorkan menggunakan produk CNI Gamat sewaktu saya melahirkan anak pertama(vaccum delivery)dan yang kedua secara operation. TERNYATA DALAM 1 MINGGU saya dapat melakukan tugas tugas yang ringan seperti menyapu dan membasuh. SUNGGUH AJAIB!!!!!!!! saya amat berterima kasih kepada CNI kerana penemuan yang menakjubkan ini..

Haji Abd Karim Bin Hj Abd Aziz Bookmark and Share 08 December 2009 09:39 AM

Saya berusia 63 tahun, bekerja sebagai Janitor Kilang Makanan di Johor Bahru, saya mengalami sakit lutut sudah hampir 4 tahun. Setiap kali bila saya mengalami sakit lutut saya akan ke klinik kemudian doktor akan memberi saya pil penahan sakit. Pada bulan Julai 2009 yang lalu doktor telah menasihati saya supaya berhenti makan pil penahan sakit, malah lebihan pil yang ada pada saya turut di ambil semula oleh doktor, kerana doktor bimbang jika terlalu banyak makan pil ini ia akan menjejaskan buah pinggang saya. Doktor menyarankan saya supaya mencuba ubat-ubat herba di pasaran.

Kebetulan di tempat saya bekerja ada seorang usahawan CNI iaitu En Sheikh Nor Amhari, beliau telah menyarankan untuk mencuba produk-produk CNI seperti CNI Organik - saya ambil sebelum sarapan pagi , CNI Gamat pula saya ambil 2 biji sebelum tidur malam dan CNI Fire-sen Mentholated Rub saya sapukan di kaki dan lutut sambil buat urutan sendiri.

Alhamdulillah selepas saya mengamalkannya selama sebulan, pembuangan air besar saya lancar, malah lutut saya terasa ringan dan tidak sakit lagi dan saya rasa sungguh selesa. Saya amat yakin kepada produk CNI dan langsung join CNI. Terima kasih CNI. Terima kasih juga kepada upline saya En.Ahmadi dan En Sheikh. no.ahli:1638122 telefon:07-3334201.

Ahmadi Bin Haji Asab Bookmark and Share 07 December 2009 09:28 AM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Sebelum saya join CNI, ramai rakan-rakan saya leaders dari syarikat jualan langsung yang menemui saya untuk join sama tetapi saya tolak kerana Saya diantara manusia yang paling benci dengan jualan langsung kerana waktu itu saya diantara orang yang paling ego apa orang kata bodoh sombong, akhirnya saya terperangkap dengan CNI, dan pada malam pertama saya menghadiri meeting BOS, dari situ saya mula tertarik hati seterusnya saya ingin mencuba produk CNI dan bila dah cuba langsung saya jatuh hati pula... kenapa? kerana produknya betul-betul  berkesan dan terus meresap kejiwa saya dari situlah mulanya untuk bertekad nak memulakan kerjaya CNI separuh masa.... sehingga sepenuh masa kini dan selamanya bersama CNI.

Bagi mereka yang mungkin beranggapan negetif seperti saya dulu... saya harap tak usah ragu-ragu cubalah dulu, jangan takut mencuba kerana percubaan ini tidak merugikan malah menguntungkan..... salam ikhlas dari saya.   

Thadius anak Udek Bookmark and Share 04 December 2009 12:30 PM

Firstly, I would like to thanks CNI for giving me the oppurtunity to uplifting my life, my family life through your great fantastic Bussiness Marketing Plan & World Class 5 Star rated products. Also thanks a lot to my beloved wife, my kids & family members for being there together with me to running this bussiness. Not to forget also thanks a lot to all my uplines especially MDAM Roslan Abdullah, MDAM Ahmad Abdullah @Mcsporron anak Piau & DAM Abdul Rahim Abdullah @ Mcmillian anak Piau, all my downlines and sidelines for your undivided support & cooperation to brougth me up in CNI.

Saya berasa syukur kepada Tuhan kerana telah diperkenalkan dengan MLM buat pertama kali pada september 2002 oleh DAM Abdul Rahim walaupun sekadar sebagai pengguna biasa meskipun disudut hati sangat memandang rendah peluang yang ada dalam CNI. Tetapi segalanya berubah setelah sepanjang lebih kurang 2 tahun uplines meransang & memberi maklumat tidak jemu-jemu bahawa CNI merupakan satu peluang perniagaan yg pasti dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan dan juga produk yg boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Bermula dari April 2004 saya tidak menoleh ke belakang lagi tetapi terus berusaha dan berusaha mengembangkan organisasi CNI saya. Julai 2004 naik AM dan seterusnya RAM. 2005 naik PAM dan 2006 naik ZAM dan juga dapat Tabung kereta 1. Dan sehingga saat ini masih menikmati pendapatan yg luarbiasa dalam CNI dan lebih besar daripada pendapatan saya sebagai pegawai dalam kerajaan. Pesan aku ngagai semua bala kita Sarawak ba CNI tu meh peluang besai ngagai bansa kitai mengubah gidup ari maioh macam cara. Enti ka nemu lebih dalam agi cara ngaga bisnes tu tau talipon ngagai aku 013-8337089 tauka email ngagai aku tddydom@yahoo.com tauka muka website aku www.cni4u.com/Thadius Akhir sekali saya ucapkan Selamat Hari Krismas & Tahun Baru 2010 kepada semua warga besar CNI. Semoga perjuangan kita diberkati Tuhan dan kejayaan yang berkekalan milik kita semua.

Dewi Ida Yanti Bookmark and Share 12 November 2009 18:08 PM

Saya dapat merasakan perbezaan pada kesihatan kulit saya setelah mengamalkan air Sistem WaterLife CNI. Dahulu kulit saya sensitif dan apabila terdedah kepada cuaca panas, ruam gatal akan timbul. Selain daripada itu, saya cenderung mengalami masalah gatal kulit tangan serta badan dan sering mendapatkan rawatan. Kini, setelah mengamalkan minum air Sistem WaterLife CNI masalah kulit saya semakin berkurangan dan kulit terasa segar selepas dibasuh dengan air Sistem WaterLife

Lim Teck Khim Bookmark and Share 11 November 2009 15:52 PM

試遍無數的護膚品,但都無法妥善解決我的“面子”問題,讓我懊惱不已。直至一位好友向我提起其妹妹自從使用了Cni 美容護膚品之後,效果很好,所以就建議我使用Cni 美容護膚品。我暗忖:既然試過這麼多品牌的產品都無法有效去除臉上的暗瘡,也不在乎再多試一個產品。萬萬沒想到,只不過短短2個月,臉上的暗瘡明顯改善了許多。

現在,我的臉不再油膩,也不再冒出豆粒般的暗瘡,皮膚也比以前細滑潔白,使我重拾自信。由衷感謝好友謝王勇 琇的大力推薦,以及斯里阿曼分銷中心管理人田秀江的護膚專業指導,讓我重獲亮麗的容顏

Fazilah Ahmad Bookmark and Share 11 November 2009 14:31 PM

“Kau ni lama-lama nampak gigi aje,” kata teman-teman sepejabat yang memperkatakan tentang masalah kulit wajah saya yang semakin berjerawat, kusam dan gelap satu masa dulu.

Tetapi setelah menggunakan produk Cni Beauty World, saya sangat bersyukur kerana jerawat saya sudah tiada, kulit saya semakin licin, liang-liang roma kurang ketara. Ini semua membuatkan wajah saya kelihatan berseri dan lebih cerah.

Pada awalnya saya tidak begitu yakin dengan keberkesanan produk CNI ini, tetapi setelah disarankan oleh keluarga dan berbincang dengan jurukecantikan saya, Puan Rubiah di SP Subang, saya yakin untuk mencubanya.

Alhamdulillah, dengan hanya menggunakan produk penjagaan kulit Cni dan 4 kali rawatan muka intensif, rakan-rakan dan keluarga sudah nampak keberkesanan dan perubahan kulit wajah saya.

Kini kesan bekas jerawat saya semakin hilang dalam tempoh kurang 1 bulan. Keseluruhannya, saya hanya mengambil masa 4 bulan untuk memperolehi kesan yang menakjubkan ini. Kini orang kerap bertanya pada saya, “Apa rahsia kulit kembali bersih dan segar?”. Jawab saya, “Cni Beauty World lah..."

Vincent Teo Bookmark and Share 29 October 2009 15:49 PM

在加入CNI大家庭之前,我的生意遇到阻滯,事事不順利。自從認識了CNI事業後,我又重拾信心。由此,我一步一腳印開始CNI事業及組織家庭。在CNI,給我最大的啟發是AMS (營業經理研習會) 。它讓我重新認識自己,學會感恩。 我謹在此感謝上、下線伙伴,特別是黃文生钻石營業經理和柯秋盛百万钻石營業經理。

Yusma @ Abd. Mubin bin Yusof Bookmark and Share 09 October 2009 18:15 PM

Kali ketiga kembali menyertai CNI nampaknya baru berada di landasan yang betul. Dengan tunjuk ajar daripada pemimpin yang berkaliber seperti Che Mud dan En. Juha. Dalam 6 bulan baru dapat capai 15,000 lebih acc pv, tapi masih sangat lambat. Walau bagaimanapun saya ingin buktikan bahawa kalangan profesional pun boleh mengusahakan CNI. Namun saya tetap ingatkan diri sendiri supaya beringat-ingat jika berada di atas. Jangan sombong, jangan bongkak, jangan ingat selamanya kita di atas. Orang di atas naik adalah kerana ada orang di bawah. Jangan lupa diri dengan kereta besar dan rumah besar serta isteri besar. Jangan merasakan diri terlalu hebat sehingga memperlekehkan orang lain. Kita memang "INSAN LUAR BIASA" tapi jangan jadi "Insan Yang Berubah Luar Biasa" apabila senang. Jangan ingat CNI hak milik kita seorang kerana CNI adalah milik kita semua ahli CNI. Saya sangat tertarik dengan sikap pengarah-pengarah CNI. Walaupun pertama kali jumpa sangat mudah didampingi, mendengar dan memberi tunjuk ajar yang baik.

MAJU CNI....UNTUK KITA SEMUA

Mohiddin Md.Omar Bookmark and Share 09 October 2009 18:19 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Juga salam Aidil Fitri kepada semua usahawan - usahawan CNI yang beragama Islam.

Sebenarnya,tujuan saya membuat perkongsian ini adalah semata-mata untuk menyampaikan hasrat yang telah sekian lama terpendam untuk dikongsi oleh semua insan yang ingin mencari sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan. Menyingkap kembali sejarah bagaimana saya bermula dengan CNI.Sebenarnya saya menyertai CNI bukan kerana suka malahan jauh sekali daripada minat dengan MLM.Malahan ketika pertama kali sahabat saya menyebut MLM saya pun tak tahu MLM itu adalah singkatan Multi Level Markerting.Alangkah bodohnya saya ketika itu. Walaupun begitu,selepas saya ditipu oleh sahabat saya juga up line saya, maka saya pun termasuklah dalam kursus SNP ( ketika itu saya hanya memakai sandel sahaja ke kursus SNP),namun begitu selepas SNP yang diterajui oleh MDAM Murad Basir, saya merasakan ada sesuatu telah mengetuk minda saya dan seakan sesuatu rangsangan telah wujud dalam pemikiran saya, maka saya mula bertanya dan terus bertanya tentang CNI.

Bermula dari situ saya mula timbul rasa minat dan saya terus belajar dan terus belajar melalui Sistem Pendidikan Keusahawanan CNI (BES). Luar biasa ! saya dapati setiap kursus dari SNP sehingga ke GDS ilmu yang saya perolehi tidak sama dengan ilmu yang saya perolehi di tiga buah Universiti dalam dan luar negara yang pernah saya belajar. Fantastik....akhirnya saya tahu sememangnya CNI adalah sebuah universiti kehidupan yang tak akan dapat di pelajari di mana - mana universiti biasa. BES telah menjadikan saya dari seorang yang tidak pandai bercakap,seorang yang pemalu,seorang ego,seorang yang sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain akhirnya berubah secara total - menjadi insan luar biasa. Kini...Selepas hampir empat tahun saya bersama CNI,saya semakin faham dan semakin mahir berkaitan dengan perniagaan ini. satu demi satu insentif yang ditawarkan saya mula nikmati.Semakin lama smakin ramai insan-insan lain yang saya bantu sama ada mereka dalam dunia besar CNI atau diluar sana.Sesungguhnya .....CNI sememangnya sangat - sangat luar biasa.

Kini....walaupun saya masih melakukan CNI secara "part time" tetapi saya merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memertabatkan CNI dikacamata Masyarakat Malaysia terutama kepada mereka yang anti kepada syarikat bukan Melayu. Untuk itu ketika ini saya sedang menyiapkan satu perkongsian yang saya panggil "CNI DARI PERSPEKTIF ISLAM - SATU PENGALAMAN".

Selain itu juga saya sedang mengumpul maklumat untuk penulisan buku yang berjudul " 20 SEBAB MENGAPA PEKERJA PERLU MELAKUKAN MLM". Saya melakukan semua ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi suatu tanggungjawab yang perlu saya laksanakan demi CNI. Akhirnya...buat rakan-rakan luar biasa.Benar kata Mr Gan Ah Seng " Apabila kita berani berimpian, kita mula merancang, bila kita mula merancang kita mula bertindak,apabila kita mula bertindak dengan strategi yang mantap, pasti kita akan berhasil,apabila kita berhasil hidup kita penuh dengan warna warni. Sebaliknya apabila kita takut berimpian,kita tidak akan merancang, apabila kita tidak merancang, kita tidak akan bertindak,apabila kita tidak bertindak hidup kita sentiasa mengharap dan asyik menyalahkan orang lain".

Rakan - rakan ku, teruskan perjuangan dan YAKINLAH CNI pasti mampu merubah kehidupan.

Mohiddin Md.Omar (1447285) DAM,CNI Kuala Terengganu.